Sunday 21 October 2012

Kes 2 : Scammer - Ikhlaq Mumtaz (akan menyusul)

Kes 1 : Scammer - Muhamat Dedi Bin Saripul Anwar

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia, 

Hari ni aku nak share beberapa maklumat tentang PENIPU yang berleluasa di Mudah.my dimana aku sendiri yang telah terkena dengan PENIPU ni. Aku ni selalu je beli barangan online, biasanya gajet2 seperti handphone atau aksesori komputer la. Selalu aku beli di Lelong.My je, di Mudah.my ni aku jarang beli sebabnya kena COD (jumpa dulu baru bayar), jadi malas la skit. 

Dipendekkan cerita, aku terlihat satu iklan handphone Blackberry Bold 9700 2nd hand katanya tapi full set, dijual pada harga RM380. Aku memang dah lama mencari  Blackberry jadi aku pun terus kontek mamat ni. Dia letak dua nama iaitu Dedi dan Farahdilla. Aku pon terus la mesej, dibalas oleh si "isteri" iaitu Farahdilla tadi. Aku pun bertanya la segala maklumat berkaitan handphone tu, kenapa nak jual. Bila aku jadi beli, dia kata nak bincang dengan "suami" plak, si Dedi tu la. So aku pun terus kol dan cakap dengan Dedi ni (aku tak pasti sama ada Farahdilla tu wujud atau hanya rekaan). Dia kata handphone tu baru beli bagi kt "isterinya" tapi tak berkenan jadi nak jual murah2 la. Aku pun minta kurang lagi kalau boleh, dia bagi RM360 siap pos. Aku pon dengan excitednya terus minta no akaun dan bank in. Aku bank in hari Sabtu jadi dia tak sempat pos, tunggu hari isnin baru akan pos. Kemudian bila dah pos, aku mnta tracking no dan dia pon bagi MY*********EM. Mula2 aku tak prasan tapi lepas sehari aku baru perasan yang tracking no tu macam pelik skit. Bila aku search kat internet, biasanya tracking no mcm ni EM*********MY. Aku terus email kepada pos Malaysia dan bertanya kesahihan tracking no tersebut....dan mmg aku kena tipu sebab no tu tak wujud. 

Kemudiannya, aku cuba nak pastikan yang aku ni btol2 da kena tipu atau tak, aku pun menyamar dengan gunakan no handphone lain, kata berminat nak beli dan dia balas Blackberry tu masih available. So, confirm aku da kena TIPU!!!! Jadi,aku pun truskan penyamaran, tanya maklumat berkaitan handphone tu dan confirm nak beli. Aku minta no akaun bank dan dia berikan no akaun yang sama masa aku mula2 kena tipu tu. Tp aku tipu dia dengan katakan bank CIMB jauh dari rumah aku, yang ada cuma BSN dan Maybank. Jadi dia pun berikan no akaun Maybank atas nama Farahdilla, tapi kali ni dia ngaku Farahdilla tu "awek" dia. So...mmg confirm2 la aku dah ditipu, huhu. Dan aku tak balas mesej mereka selepas tu. Aku geram sangat sebab ini kali pertama aku tertipu semasa beli online dengan jumlah yang agak banyak. 

Aku masih tak puas hati..aku cuba cari maklumat-maklumat berkaitan PENIPU ni di internet dan bantuan rakan2. Di bawah ni aku akan share maklumat lengkap si PENIPU ni, aku nak maklumat dia ni tersebar supaya orang lain tak akan tertipu mcm aku ni. Kes ni dh lama berlaku pada bulan Mei 2012 lalu, tapi sampai sekarang aku masih belum ambil apa2 tindakan.

Nama : MUHAMAT DEDI BIN SARIPUL ANWAR 
No. K/P : 910813-14-6625 
No. H/P : 017-3459838 / 010-5252494 / 03-92833799 
Alamat : Lot 2014 SEGAMBUT TENGAH, 51200 KUALA LUMPUR.
No. Akaun : 14820000983520 (CIMB) 
                    164409592602 (MAYBANK)